Blog Post

Ohh Malaysiaku! > Berita > Kebanggaan Malaysia, JDT cipta sejarah

Kebanggaan Malaysia, JDT cipta sejarah

JDT LAKAR SEJARAH KELAB PERTAMA NEGARA MENJADI 8 PASUKAN TERBAIK ASIA, MARA KE SUKU AKHIR ACLE

Johor Darul Ta’zim (JDT) melakarkan satu lagi pencapaian bersejarah apabila berjaya menjadi 8 pasukan terbaik dan berjaya mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Walaupun tewas dengan Sanfrecce Hiroshima di tempat lawan hari ini, namun bekalan gol di Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari meletakkan JDT dengan agregat 2-3 dalam aksi timbal balik pusingan 16 Zon Timur sebentar tadi.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan Bangsa Johor, malah mengharumkan nama Malaysia di pentas bola sepak Asia, membuktikan bahawa sebuah kelab dari selatan tanah air mampu bersaing dengan kelab-kelab gergasi di benua ini.

Menjunjung setinggi-tinggi tahniah juga kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor HRH Crown Prince of Johor, yang menjadi arkitek kepada transformasi bola sepak Johor. Walaupun berdepan kecaman dan kritikan dari pelbagai pihak, baginda terus tenang bekerja dan membuktikan segalanya melalui kejayaan, pencapaian dan rekod demi rekod yang dicipta.

Inilah jawapan terbaik kepada para pengkritik, bahawa usaha, visi dan kepimpinan yang jelas akhirnya akan diterjemahkan melalui kejayaan di atas padang.

Sama-sama kita teruskan memberi sokongan padu tanpa mengira kulit, latar belakang untuk memastikan JDT membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Bangsa Johor sentiasa berdiri teguh di belakang Harimau Selatan.

  • Berikut kenyataan penuh Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd. Hairi Mad Shah