Lelaki Indonesia didakwa bunuh juruteknik
JOHOR BAHRU: Seorang penganggur warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang juruteknik di sebuah pangsapuri, bulan lalu. Tertuduh, Fajar Ali, 29, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. […]