Penjawat awam direman disyaki terima rasuah RM30 juta, bantu kurangkan bayaran cukai taksiran
PUTRAJAYA: Seorang penjawat awam ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa buah syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta. Perintah reman selama enam hari sehingga 26 Oktober ini terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di […]