Blog Post

Ohh Malaysiaku! > Berita > JDT Tundukkan Gergasi Jepun

JDT Tundukkan Gergasi Jepun

ISKANDAR PUTERI — Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa bekalan selesa selepas menewaskan Sanfrecce Hiroshima3-1 dalam aksi pertama pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACLE) Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim.

Selepas babak pertama tanpa jaringan, JDT membuka tirai gol pada minit ke-51 menerusi rembatan lencong Ager Aketxehasil hantaran Nacho Méndez.

Tuan rumah menggandakan kelebihan pada minit ke-63 apabila Bergson da Silva menyempurnakan umpanan Eddy Israfilov untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Sorakan lebih 31,000 penyokong Harimau Selatan terus bergema apabila Guilherme de Paula menambah jaringan ketiga pada minit ke-85.

Sanfrecce Hiroshima bagaimanapun merapatkan jurang seminit kemudian menerusi jaringan Hayato Araki bagi menjadikan kedudukan 3-1.

Keputusan itu memberi kelebihan kepada JDT menjelang aksi timbal balik di Hiroshima pada 11 Mac ini.